December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TUN Mahathir Mohamad sudah melampau dan rasis! Beliau boleh sahaja menghentam Datuk Seri Najib Razak, tapi bila beliau menghina bangsa Bugis ini melampau dan kurang ajar!
Mahathir menyebut secara jelas dalam ucapannya di Himpunan Anti-Kleptokrasi malam tadi:
“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”
Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M!
Ini bukan ajaran Islam! Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!
Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis.
Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M di bawah Akta Hasutan! Say No To Kleptocracy! Say No To Racism!
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” –HARAKAHDAILY 15/10/2017



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: