December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SELEPAS Datuk Hans Isaac mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson, ramai yang masih ternanti-nanti kenyataan penuh mereka.

Pembatalan perkahwinan itu mengejutkan semua pihak kerana punca perpisahan pasangan itu masih menjadi tanda tanya.

BACA: ‘Saya tidak mahu mana-mana pihak terluka’ – Hans Isaac

Astro Gempak cuba mendapatkan kenyataan daripada Hans dan Gabriella menerusi panggilan telefon, WhatsApp dan mesej menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), namun kedua-duanya tidak memberikan maklum balas.

Bagaimanapun, Gabriella menerusi entri terbaharu di Instagram Story berkongsi sepotong ayat mengenai kejujuran yang dipetik daripada seorang pelabur terkemuka Amerika Syarikat, Warren Buffett.

“Kejujuran adalah satu hadiah yang mahal, jangan harap ia datang dari si murahan (Honesty is a very expensive gift, don’t expect it from cheap people),” tulis Gabriella.

Sementara itu menerusi laman Instagram Hans, penerbit filem Lemak Kampung Santan itu turut memuat naik status peribahasa dalam Bahasa Inggeris iaitu Never Doubt Your Instinct (jangan ragui naluri anda) bersama kapsyen A leopard will never change HER spots ! Time to move on (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! Masa untuk teruskan hidup).
 

Hans dan Gabriella telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun ini dan sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu. Namun, majlis perkahwinan mereka ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @gabriellarobinson



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: