December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Perundingan Khas selaku penyedia rangka tindakan holistik profesion undang-undang negara sedang membuat konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar perundangan dan orang awam sebelum meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, proses konsultasi termasuk memuat naik laporan Focus Group Discussion yang terakhir seperti diluluskan Jawatankuasa Perunding Khas di laman web khas bagi tujuan konsultasi awam secara atas talian.

“Jawatankuasa Perundingan Khas ini dipengerusikan oleh saya sendiri selaku menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan dianggotai oleh pihak berkepentingan serta pakar dalam bidang perundangan.

“Keahlian jawatankuasa ini meliputi wakil-wakil daripada Jabatan Peguam Negara; Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri; Majlis Peguam; Mahkamah; Persatuan undang-Undang Sabah; Persatuan Peguambela Sarawak; Persatuan Peguam Syarie; pengamal undang-undang serta dekan fakulti undang-undang daripada institusi pendidikan tinggi awam.

“Harapan pihak kerajaan agar pindaan ini diterima oleh semua pihak bukan sahaja pengamal undang-undang tetapi semua pihak berkepentingan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin mengetahui apakah status pelaksanaan berkenaan cadangan kerajaan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dan apakah antara pindaan-pindaan yang sedang dipertimbangkan.

Tambah Azalina, mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan Khas pada 11 Julai lalu telah membincangkan hala tuju dan gerak kerja jawatankuasa tersebut serta cadangan isu-isu yang akan dikaji bagi tujuan penyediaan rangka tindakan.

Mesyuarat itu juga katanya telah memutuskan penubuhan beberapa jawatankuasa kecil yang akan diterajui oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Khas untuk mengkaji setiap isu-isu secara spesifik.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: