December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Melihat komposisi 25 ahli Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia yang diumumkan hari ini, jelas kepada kita mengenai dominasi DAP dalam Pakatan Harapan.

Ketika PKR, PPBM dan AMANAH masing-masingnya hanya mempunyai 6 wakil di dalam Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, DAP mempunyai 7 wakil.

Ketika PKR, PPBM dan AMANAH masing-masingnya hanya mempunyai 1 wakil pada jawatan Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, DAP mempunyai 3 wakil.

DAP juga membolot jawatan amat penting, Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Malaysia, melalui Ketua Pemuda DAP Perak, iaitu Howard Lee Chuan How.

Howard Lee Chuan How menetap di British selama 12 tahun dan hanya kembali ke Malaysia pada 2007 setelah permohonan beliau untuk mendapat kerakyatan British ditolak.

Satu lagi perkara yang boleh disimpulkan melalui komposisi Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia ini adalah mengenai hipokrasi DAP dalam berpolitik.

DAP mendakwa ia parti berbilang kaum, dan Pemuda DAP mempunyai tiga AJK Melayu, iaitu Raja Ahmad Iskandar Fareez, Dyana Sofya Mohd Daud dan Mohd Firdaus Babh.

Bagaimanapun, tiada seorang daripada tiga AJK Melayu Pemuda DAP ini yang dimasukkan sebagai wakil DAP dalam Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia.

Inikah agaknya sebab mengapa Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melihat DAP sebagai memperalatkan Melayu, iaitu “Melayu haprak”, “bengong”, “tak guna” dan “alat”, sahaja?

WAKIL DAP DALAM MAJLIS PIMPINAN PEMUDA PAKATAN HARAPAN MALAYSIA

Timbalan Ketua: Wong Kah Woh
Ketua Setiausaha: Howard Lee Chuan How
Naib Ketua: Arul Kumar a/l Jamunathan
Naib Ketua: Wong King Wei
Naib Ketua: Yeo Bee Yin
Usahawan: Bryan Lew Chee Kwan
Strategi: Liow Chai Tung

WAKIL PKR DALAM MAJLIS PIMPINAN PEMUDA PAKATAN HARAPAN MALAYSIA
Ketua: Nik Nazmi Nik Ahmad
Naib Ketua: Dr Afif Bahardin
Bendahari: Sangeetha Jayakumar
Pilihanraya: Tan Kar Hing
NGO: Chang Lih Kang
Strategi: Syukri Razab

WAKIL PPBM DALAM MAJLIS PIMPINAN PEMUDA PAKATAN HARAPAN MALAYSIA
Timbalan Ketua: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Naib Ketua: Mohd Aizat Roslan
Penerangan: Ulya Aqamah Husamudin
Sukan & Budaya: Danial Syahiran Ho Imran Ho
Profesional Muda: Mohd Redzuan Shafi
Pendidikan: Ashraf Mustaqim

WAKIL AMANAH DALAM MAJLIS PIMPINAN PEMUDA PAKATAN HARAPAN MALAYSIA
Timbalan Ketua: Mohd Sany Hamzan
Naib Ketua: Faiz Fadzil
Mobilisasi: Shazni Munir
Undang-Undang: Wan Anwar Wan Ibrahim
Dasar: Zubair Rahim
Agama & Hubungan Kaum: Fakhrurazi Mokhtar

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: