December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MCA percaya sokongan pengundi Cina terhadap parti itu semakin bertambah susulan transformasi menyeluruh yang dilakukannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata transformasi itu dilakukan MCA secara berperingkat selain merujuk kepada agenda dan organisasi, hubungan sesama anggota serta peranan kaum wanita dan belia parti.

Katanya agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadikan intipati dalam menambah sokongan rakyat kepada MCA.

“Kita yakin ada pertambahan sokongan tetapi dalam masa kita perlu berhati-hati dan perbanyakkan lagi perjumpaan bersama komuniti Cina.

“Dengan cara itu, kita dapat lebih mendalami dan mengetahui pelbagai perkara yang dimahukan oleh komuniti Cina khususnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Perak 2017 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ipoh semalam.

Liow juga meminta pengundi Cina supaya tidak mempercayai hujah pemimpin pembangkang terutama DAP yang banyak bermain retorik selain menggunakan platform politik untuk kepentingan peribadi.

Katanya tiada sebarang kejayaan besar yang boleh dibanggakan hasil daripada cara kerja dan buah fikiran pemimpin DAP selama menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng umpamanya, masih ada masalah alam sekitar, kesesakan lalu lintas….sampai sekarang terowong bawah laut yang nak dibina masih tak nampak apa-apa,” katanya lagi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: