December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Malaysia (MGA) hari ini melancarkan Siri Kejohanan Golf Angels of MERCY untuk mengumpul dana bagi menyumbang kepada satu misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Presiden Persatuan Golf Malaysia, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, setiap kumpulan pemain (flight) bagi kejohanan golf tersebut bernilai RM15,000 dan wang itu akan disalurkan terus kepada dana Misi Kemanusiaan MERCY Malaysia Bantu Pelarian Rohingya.

Jelasnya, pihaknya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 pada siri pertama ini yang akan berlangsung pada 3 Disember di Sungai Long Golf and Country Club, Kajang, Selangor. 

“Kejohanan pertama bakal bertemakan ‘Go Golf for Rohingya’ sebagai tanda mengingati keadaan yang mendesak pelarian Rohingya di Cox’s Bazar ketika ini.

“Diharap, kerjasama dengan MERCY Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat kebajikan dalam kalangan ahli persatuan golf ini,” kata Mohd Anwar pada satu sidang media di MERCY Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan pegawai MERCY Malaysia Mohamed Herman Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pusat kesihatan MERCY Malaysia yang bakal dibina di kem pelarian Rohingya berada pada fasa mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pihak berkuasa negara itu.

“Jika proses kelulusan sudah siap, kami jangkakan pusat kesihatan pertama ini akan disempurnakan pada bulan hadapan.

“Bagi pusat kesihatan kedua, mungkin mengambil masa sedikit, dan dijangka disempurnakan pada akhir Disember, atau selewat-lewatnya pada Januari,” tambahnya pada sidang media yang sama.

Pusat kesihatan tersebut bakal memberi manfaat kepada golongan wanita hamil dan juga kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan serangan Myanmar terhadap Rohingya merupakan satu langkah pembersihan etnik.

Sementara itu, Menurut Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) kira-kira 70,000 daripada lebih 800,000 pelarian Rohingya di Bangladesh merupakan wanita mengandung manakala 58% daripada jumlah pelarian adalah kanak-kanak.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: