December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



ALVARO Morata tampil menjelaskan bahawa dia cukup berpuas hati dengan kehidupannya di London, sambil menyatakan dia akan gembira sekiranya kekal bersama Chelsea untuk 10 tahun lagi.

Dalam temubual dengan akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport sebelum ini, bekas penyerang Juventus itu mendedahkan kesukarannya untuk menyesuaikan diri dengan “tekanan” di bandar England itu.

Kata-katanya itu menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin mencari jalan keluar awal daripada kontrak lima tahun yang ditandatangani dengan juara Liga Perdana tersebut, Julai lalu.

Tetapi, bercakap menjelang aksi menentang Roma dalam Liga Juara-Juara, pemain berusia 25 tahun itu menegaskan “masalah komunikasi” menjadi punca pandangannya disalah tafsir.

“Saya gembira dengan kelab ini, di bandar ini, dengan segala-galanya di London. Saya sangat menyukai London. Jika saya berjaya dan meningkat, saya boleh tinggal di sini lebih daripada lima tahun.

“Jika Chelsea mencadangkan 10 tahun, saya mungkin akan menandatangani juga.

“Tetapi saya perlu menjaringkan banyak gol, kalau tidak Chelsea akan membeli pemain lain. Ia biasa.

“Saya ingin mengatakan, mungkin pada masa akan datang apabila saya menamatkan kerjaya, saya tidak akan tinggal di London. Bagi saya, saya lebih suka tempat saya dilahirkan. Tetapi, kini saya sangat gembira.

“Apabila saya mengatakan ia adalah bandar yang penuh tekanan, saya hanya bercakap tentang lalu lintas dan ramai orang. Tetapi ia adalah sebuah bandar yang menakjubkan dengan banyak agama dan pelbagai jenis orang, jadi saya sangat seronok di London,” kata Morata.

Walaupun dia tidak pernah menjaringkan gol menentang Roma, Morata akan menjadi pemain utama Chelsea bagi merebut tiga mata di Stadio Olimpico, esok.

Dan pemenang dua kali Liga Juara-Juara itu percaya gandingannya dengan Eden Hazard dapat membantu skuad Antonio Conte mara ke peringkat kalah mati.

“Kami mempunyai keserasian yang baik, dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, dan mudah bermain dengan Eden (Hazard). Saya fikir kami boleh meningkat banyak,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: