December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -31/10/17-PAS mendesak Datuk Ambiga Sreenevasan bertanggungjawab terhadap kenyataan Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown yang menamakan dirinya dinamakan sebagai ‘saksi’ kenyataan dengar cakap (hear say).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS memandang berat penularan kandungan dokumen Pembelaan (Defence) Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London itu yang menamakan Datuk Ambiga sebagai sumber yang memberitahu kononnya pemimpin tertinggi PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.

“Presiden PAS menafikan sekeras-keras semua dakwaan-dakwaan tersebut dan telah pun mengarahkan peguamnya mengambil tindakan yang sewajarnya di mahkamah.

“PAS turut menggesa Datuk S.Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.

“Peguam PAS sedang mengkaji perkara ini dan kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, Ambiga bagaimanapun masih enggan mengulas perkara itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menuntut Ambiga memohon maaf susulan dakwaan bekas presiden Majlis Peguam itu membekalkan maklumat salah berkaitan dana diterima PAS kepada Sarawak Report.

“Dia patut minta maaf sebagai peguam yang perjuangkan integriti, yang perjuangkan soal kebenaran, yang perjuangkan pilihan raya bersih, dia patut minta maaf.

“Jadi tak betul (kalau diam),” katanya.

Selain Idris, anggota jawatankuasa pusat PAS Datuk Khairuddin Aman Razali juga turut mendesak Ambiga memberi maklum balas dengan segera mengenai kenyataan Rewcastle-Brown tersebut.

“Ambiga kena respon, dalam penyata Clare, sumbernya adalah Ambiga sahaja dari dengar cakap sedangkan sebelum ini PAS telah dizalimi dengan fitnah begitu besar, ia merosakkan imej PAS.

“Ambiga sebagai peguam kena respon segera, di mana sumber Ambiga, adakah ia suatu andaian ataupun ada sumber yang tepat,” katanya yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: