December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji kefasihan berbahasa Melayu segelintir pelarian di kem pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh, ketika lawatan beliau ke situ, walaupun mereka ini hanya bekerja buat sementara waktu sahaja di negara ini.

“Ada pelarian Rohingya yang saya temui mampu bercakap bahasa Melayu dengan baik walaupun pernah bekerja di Malaysia empat tahun sahaja,” tegas beliau.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut membidas mereka yang tidak dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik walaupun setelah sekian lama mencapai kemerdekaan.

“Alangkah malunya, jika mereka yang lahir di Malaysia belum dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik meskipun setelah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.”

“Ini amat mendukacitakan saya kerana kita sepatutnya mengangkat Bahasa Melayu setaraf dengan fungsinya sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi keutamaan kita bersama,” ujar beliau kesal.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: