December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Proses Pemeriksaan Awam bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov ini, menurut MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp), pada Isnin.

Pengarah Pelaksanaan Projeknya, Mark Loader berkata orang awam khususnya komuniti yang terlibat boleh memberi cadangan dan pandangan di 43 lokasi di sepanjang cadangan jajaran HSR meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Pandangan dan maklum balas daripada orang awam akan digunakan oleh MyHSR Corp untuk melakukan penilaian lanjutan dan penambahbaikan projek tersebut,” katanya kepada pemberita di sini.

Proses Pemeriksaan Awam itu disyaratkan di bawah Seksyen 84, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

MyHSR Corp, milik penuh Kementerian Kewangan, ditubuhkan untuk membangun dan melaksanakan projek tersebut.

Maklumat lanjut dan lokasi Pemeriksaan Awam boleh didapati dengan melayari laman sesawang MyHSR di www.myhsr.com

Landasan sepanjang 350km itu akan dapat mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan lebih 300km/sejam.

Dijangka mula beroperasi pada pehujung 2026, perkhidmatan HSR akan mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri sebelum berakhir di Jurong East, Singapura.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: