December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin menyifatkan BN mampu merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai daripada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, namun seluruh jentera BN dan UMNO haruslah meningkatkan kerjasama dan bekerja keras dalam satu pasukan.

Komitmen dan perjuangan BN dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat tidak boleh dipandang sepi khususnya di kawasan parlimen ini, walaupun sudah dua penggal BN tewas kepada Nurul Izzah Anwar, katanya.

“Insya-Allah, berdasarkan kerja-kerja yang kita dah buat, serta sentimen yang ada dalam negara khususnya dengan gerak kerja dan apa yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, saya lihat ada sentimen positif khususnya pengundi-pengundi Melayu dan India untuk terus menyokong BN.

“Cuma kita kena pastikan, di saat-saat akhir nanti, mereka tidak dikelirukan dan diputar-belit dengan berbagai isu yang boleh menyebabkan ada yang keliru dan wujud semula perpecahan seperti apa yang berlaku dalam PRU13. Namun saya ada berkeyakinan bahawa BN mempunyai peluang cerah berbanding pilihan raya yang terdahulu,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas peluang BN Lembah Pantai pada PRU14.

Dalam masa yang sama, beliau berharap pada PRU14 ini, Nurul Izzah akan kekal bertanding di sini, walaupun sudah ada desas-desus mengatakan dia hendak berpindah ke kawasan lain termasuk ura-ura yang dia akan bertanding di Johor.

“Macam-macam cerita, ada yang kata dia nak pergi Johor, ada yang kata dia nak pergi ke Pulau Pinang, Selangor tapi pada kita warga Lembah Pantai, kita tak takut kalau dia (izzah) untuk terus bertanding di sini.

“Tanggungjawab kita (BN), rampas semula kerusi Lembah Pantai untuk BN, namun siapa pun yang datang bertanding, kita tetap anggap mereka adalah cabaran yang perlu kita tangani dan lawan demi memastikan kebajikan dan masa depan warga Lembah Pantai akan terus terjamin,” ujar Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai itu lagi.

Tambahnya, sikap pemimpin pembangkang yang suka berpindah-randah mencari kawasan yang selamat untuk bertanding membuktikan bahawa mereka tidak pernah berjuang untuk kepentingan masyarakat malah hanya mementingkan agenda peribadi masing-masing.

Sikap yang menjadi amalan pembangkang itu berbeza daripada perjuangan Barisan Nasional (BN) yang setia menjaga sesuatu kawasan.

“Kita (BN) kalah pun kita tidak tukar kawasan, kita tetap berkhidmat pada kawasan yang sama, saya sendiri walaupun kalah masa pilihan raya umum lepas tetap setia berkhidmat di sini, di Lembah Pantai.

“Dia nak bertanding mana itu hak dia tapi kenapa perlu bertanding di tempat lain? Pada saya inilah cara pembangkang selalu tukar kawasan sebab mereka tak memberikan khidmat di kawasan, jadi untuk memastikan dia selamat dan terus menjadi wakil rakyat di Parlimen, dia perlu tempat yang selamat untuk dia bertanding,” ujarnya lagi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: