December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Selepas bayar ribuan untuk sambutnya ke luar dari penjara, Shafie Apdal kata berikut:

Shafie Pilih Politik Bantu Rakyat, Bukan Untuk Jadi Kaya Macam …. – http://www.borneotoday.net/shafie-pilih-politik-bantu-rakyat-bukan-untuk-jadi-kaya-macam/

Bunyi macam hero tapi betulkah Shafie Hero?

1.  Apa kah kerana mantan pemimpin kerajaan kemudian menjadi pembangkang merupakan hero?  Kalau Shafie dikatakan hero, bermakna Datuk Lajim Ukin lagi lah hero.

2.  Lajim lebih dahulu menjadi wakil rakyat dan lebih dahulu mewakili Umno, berbanding Shafie yang hanya bermula pada tahun 1995.

3.  Lajim keluar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 2012.  Tujuan beliau menyertai pembangkang kerana mahu menumbangkan kerajaan Bn Sabah yang diterajui Datuk Sri Musa Aman (kini Tan Sri). Mengapa kah Lajim tidak mendapat jolokan hero? manakala Shafie pula yang diberi jolokan hero!!!.

4.  Mereka yang memberikan gelaran bahawa Shafie merupakan hero kerana menentang Musa, sebenarnya hanya berselindung pada tulisan yang disiarkan portal atas talian, sebenarnya pemberi komen itu adalah penyokong Shafie.

5.  Kini Shafie bagaikan lembu patah tanduk, kerana terpalit dengan skandal dana RM7.5bilion KKLW semasa beliau menerajui kementerian tersebut.

6.  Bagi Shafie, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Beliau sedar, akan tenggalam, sebelum tenggelam, maka  beliau mahu pihak lain juga turut tenggelam.

7.  Pada sidang akhbar pertama beliau selepas dibebaskan daripada reman SPRM dengan jaminan, beliau mengancam mendedehkan KONONNYA SALAH LAKU Tan Sri Musa Aman di Dewan Rakyat. Mengapa beliau memilih Dewan Rakyat? sebabnya beliau berlindung daripada imuniti parlimen, dengan itu Musa tidak boleh menyaman beliau.

8.  Tujuan PENDEDAHAN Shafie hanya bermaksud politik untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Musa.

9.  Contoh bagai mana kenyataan MP Semporna itu mengwujudkan persepsi negatif terhadap Musa, apabila menuduh bahawa Ketua Menteri itu mempunyai jet, walaupun beliau tahu, bahawa Musa memang tidak memiliki jet.

10.  Di Sabah, tiada perorangan yang memiliki jet. Jika ada jet yang digunakan orang-orang kenamaan, jet itu bukan milik perorangan, akan tetapi milik Sabah Air Sdn Bhd, sebuah agensi Kerajaan Negeri.

11.  Shafie juga boleh menyewa Jet itu, dan sesiapa juga boleh menyewa jet itu. Sama seperti helikopter milik agensi kerajaan itu, sesiapapun boleh menyewa heli-heli tersebut.

12.  Contoh lain, dakwaan Shafie berkaitan Musa, apabila beliau mengaku bahawa Musa tidak kaya sebelum menceburkan diri dalam politik. Sedangkan rakyat Sabah tahu, bahawa Musa seorang peniaga yang berjaya malah mempunyai syarikat bank sendiri- City Finance Bhd.

13.  Dakwaan lain Shafie terhadap Musa, kononnya menerusi projek-projek KKLW banyak syarikat di mana Ketua Menteri itu ada kepentingan menerusi proksi, mendapat projek-projek daripada KKLW. Namun berasaskan fakta siasatan SPRM serta para individu yang ditahan reman, semuanya merupakan para individu yang termasuk dalam “inner circle” mantan menteri KKLW tersebut.

14.  Hakikatnya Shafie kini, melalukan pendekatan “nothing to lost”, sebab itu akan cuba mengaitkan orang lain sebagai tindak balas, kerana akibat tindakan SPRM terhadap beliau.

15.  Shafie perlu sedar, apapun dakwaan beliau terhadap pemimpin lain termasuk Musa, tidak akan semudah itu diterima rakyat, kerana rakyat tahu, bahawa beliau ibarat seekor kerbau membawa lumpur, mahu memalitkan lumpur pada orang lain.

16.  Shafie kena sedar, SPRM bertanggungjawab memberi tahu rakyat luar bandar yang dinafikan hak berkaitan 350 projek KKLW yang bernilai RM7.5bilion di mana menurut siasatan awal agensi itu, tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan.

17.  Selain itu, Shafie kena mengakui, bahawa tiada pengelibatan Musa terhadap projek-projek yang dikendalikan KKLW di Sabah, kerana kerajaan negeri tidak pernah di bawa berbincang atau diberi taklimat,  apa lagi terlibat.

MR
30.10.2017

Baca:

*SHAFIE APDAL MENGAPA SEKARANG TERJAWAB! SALAH GUNA KUASA : 14 SYARIKAT TERBUKTI 9 LAGI MENYUSUL*

Mengapa dulu Shafie Apdal tidak ditangkap SPRM, mengapa sekarang? Akhirnya terjawab! Apa hubungan misteri Shafie Apdal dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed?

Bukan itu sahaja dari 23 syarikat yang dikaitkan dengan Shafie Apdal dengan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23  Akta SPRM, 14 darinya didedahkan kepada media. Pastinya ia akan memberi tekanan kepada Shafie Apdal yang berdendam kononnya akan menggunakan kekebalannya dalam Dewan Rakyat memfitnah musuh-musuh politiknya.

Apakah syarikat-syarikat itu? Apakah Shafie Apdal bakal diheret ke mahkamah dengan terdedahnya 14 syarikat dikaitkan dengan adiknya itu? Selanjutnya..

https://captainmgs.blogspot.ca/2017/10/shafie-apdal-mengapa-sekarang-terjawab.html



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: