December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



UMUR yang mencecah satu abad bukan penghalang untuk seorang wanita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak tersayang.

Ini dapat dibuktikan apabila seorang ibu, Ada, 98 tahun sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya Tom Keating, 80 tahun.

Sukar dibayangkan walaupun anaknya sudah berusia 80 tahun, naluri seorang ibu tetap ada saat anaknya memerlukan perhatian dan penjagaan.

Menurut laporan Daily Mail, Tom menjadi penghuni Moss View, Huyton sejak 2016 kerana dia memerlukan penjagaan tambahan.

Ibu dan anak yang berasal dari Wavertree, mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana mereka sering menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan atau menonton rancangan televisyen.

“Saya akan ucap selamat malam dan selamat pagi kepada Tom. Setiap kali saya pulang ke rumah Tom akan memeluk saya dan berkata saya tidak akan berhenti menjadi ibunya,” ujar Ada.

Dalam masa sama, Tom meluahkan perasaan gembira apabila ibunya mengambil keputusan untuk tinggal bersama di pusat penjagaan tersebut.

Tom tidak pernah mendirikan rumah tangga dan hanya tinggal bersama Ada.

Sebelum bersara, Tom merupakan tukang cat dan penghias di sebuah syarikat tempatan. Manakala Ada adalah bekas jururawat di Hospital Mill Road.

Ada dan mendiang suaminya sebelum ini mempunyai empat orang anak iaitu Tom, Barbara, Margi dan Janet yang meninggal dunia pada umur 13 tahun.

Menurut pengurus pusat penjagaan tersebut, Philip Daniels berkata, hubungan ibu dan anak ini sangat menyentuh hati dan kami berbesar hati untuk memberi perkhidmatan kami buat mereka.

“Ibu dan anak jarang sekali dilihat bersama di bawah satu pusat penjagaan, namun kami ingin mereka meluangkan masa istimewa bersama kerana mereka sukar untuk tidak boleh dipisahkan,” tambahnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: