December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -31/10/17-Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat seorang pemimpin yang tiada pendirian, boleh berubah pendirian hanya dalam masa lima hari.

Pada 25 Oktober, Wan Azizah selaku Ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata pihak pembangkang bersedia menghapuskan tol jika pembangkang berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Alternatif 2018 yang disediakan PH.

Walau bagaimanapun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor dalam pembentangan Bajet 2018, Wan Azizah menukar pendiriannya.

Wan Azizah berkata beliau tidak bersetuju dengan pemansuhan keempat-empat tol itu kerana dakwanya ia akan membebankan rakyat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: