December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



TOKYO: Shinzo Abe, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) telah dipilih semula sebagai Perdana Menteri Jepun pada Rabu menerusi undi majoriti di kedua-dua dewan dalam parlimen Jepun, lapor agensi berita China Xinhua.

Kedua-dua dewan telah bersidang pada Rabu untuk satu sesi khas berikutan pemilihan pada 22 Okt di dewan rendah, atau dikenali sebagai Dewan Perwakilan, yang menyaksikan parti gabungan yang memerintah meraih kemenangan.

Abe, sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-98, akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Komeito iaitu Natsuo Yamaguchi dan melantik barisan kabinet baharu pada hari yang sama.

Abe sudah bersedia untuk melantik semula semua anggota yang membarisi kabinet sebelum ini, kata sumber yang boleh dipercayai. 

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: