December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



MELAKA: Padah ugut memotong jari bapa kandung sendiri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh, Randy Gan Choon Shern, 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, Randy didakwa mengugut bapa kandungnya Gan Kim Seet, 64 tahun, hingga mendatangkan ketakutan dengan berkata akan memotong jari tangan warga emas itu di sebuah rumah di Taman Desa Peringgit Melaka, pada 7.10 petang, 6 Oktober lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Norina pada penghakimannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: