December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menggariskan enam inisiatif bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia menerusi sektor pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata inisiatif itu termasuk menyediakan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Antara inisitif yang dilakukan kerajaan adalah seperti menyediakan Kerangka Standard Bahasa Melayu; membangunkan Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru; menubuhkan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu; pemantapan kriteria pemilihan calon guru Bahasa Melayu dan menaiktaraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan Bahasa Melayu peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan komited untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pada tahun 2010, Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan telah ditubuhkan bertujuan memantapkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dengan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan lain, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan peratus pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 2013 sehingga kini dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi.

Sementara itu, Sin Woon menambah peratus calon yang memperoleh kredit dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM secara perbandingan dari tahun 2013 hingga 2016 menunjukkan trend sekata.

Katanya, pada tahun 2013 peratus kredit dan lulus Bahasa Melayu SPM ialah sebanyak 91.4 peratus, 91 peratus (2014), 90.9 peratus (2015) dan 91.9 peratus (2016).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: