December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SANDAKAN: Kepakaran Polis Antarabangsa (Interpol) digunakan dalam pelaksanaan operasi bersama Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bagi mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata operasi dikenali Operasi Maharlika Interpol itu dijalankan selama dua minggu bermula esok dan dilaksanakan oleh pasukan penguat kuasa di negara masing-masing

“Operasi itu mendapat bantuan daripada Interpol dari segi penggunaan latihan sistem data dan perkakasan sesuai serta bagi mengekang pergerakan FTF khususnya dalam kawasan empat negara terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Operasi Maharlika Interpol di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Operasi Sokongan dan Analisis Sekretariat Am Interpol Harald Arm, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali.

“Sokongan sistem data Interpol membolehkan pasukan penguat kuasa di empat negara itu menyemak rekod jenayah individu yang diperiksa dalam operasi tersebut.

“Maklumat yang diperolehi daripada operasi itu akan dikumpulkan. Saya percaya dengan tindakan permulaan dan sokongan Interpol ini, dapat membantu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina untuk menjalankan operasi lebih berkesan bagi mengekang pergerakan FTF,” katanya.

Zulkifli berkata pelaksanaan operasi bersama itu penting bagi menunjukkan kepada FTF yang empat negara dalam ASEAN ini bersatu hati dalam memerangi aktiviti jenayah mereka.

Beliau berkata ini adalah pertama kali Interpol terlibat dalam operasi bersama membabitkan empat negara dalam menangani FTF.

Menurutnya sokongan daripada pihak Interpol dan tumpuan mereka terhadap rantau ini amat penting.

Katanya di negara ini, kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menjadi tumpuan pelaksanaan operasi itu membabitkan polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan penguatkuasaan dan keselamatan di bawah Esscom.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: