December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Penolong pengarah sebuah agensi kerajaan di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM30,000.

Lelaki berusia 37 tahun itu disyaki meminta sejumlah wang rasuah daripada pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.

Menurut sumber SPRM, hasil siasatan yang dijalankan, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan daripada pengurus projek supaya tidak diambil tindakan memasang angkat mesin (grip hoist) tanpa mendapat kebenaran daripada pihak agensi kerajaan itu.

Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 2.40 petang pada Selasa di sebuah hotel di Johor Bahru bagi membantu siasatan.

Dalam serbuan yang dibuat di rumah suspek, SPRM menjumpai wang tunai berjumlah kira-kira RM18,505 yang disembunyikan di bilik dan bawah tangga.

Turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan dan berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah petang ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: