December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUANTAN: Mendakwa geram kononnya dituduh murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim, Asiah Abd Jalil nekad untuk meninggalkan solat fardhu dan menuntut cerai daripada suaminya.

Rakan seperjuangan Siti Kasim yang menentang kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia itu memasang impian untuk memulakan hidup baru sebagai wanita ‘single’ yang bebas membina kerjaya yang hebat dan terlibat dalam gerakan aktivisme di peringkat antarabangsa setelah berjaya memperolehi penceraian.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk memberikan hak penjagaan kesemua anak kepada suaminya, disamping menggugurkan kesemua hak tuntutan yang berbentuk kewangan.

Beliau berkata, “Saya sudah tiga hari sengaja meninggalkan solat fardhu. Encik suami tuduh saya murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim. Saya nak tunjuk kat dia, apa implikasi jika saya sudah murtad. Perkahwinan terbatal, semua ibadah saya sudah tidak sah, malah darah saya sudah halal untuk dibunuh.”

Beliau juga mendakwa tidak kisah sekiranya suaminya untuk mengahwini perempuan lain, menjadi ‘khadam’ untuk menjaga anak-anak Asiah Abd Jalil.

Beliau berkata, “Jika ditakdirkan saya bercerai dengan encik suami, saya akan lepaskan hak saya untuk tuntutan nafkah iddah, mutaah dan harta sepencarian. Saya juga akan beri hak penjagaan kesemua anak saya kepada encik suami.”

“Encik suami boleh kahwin lain, no big deal. Isteri(-isteri) baru encik suami boleh bekerjasama dengannya jadi khadam untuk jaga anak-anak saya.”

“Saya pula akan mulakan hidup baru sebagai wanita single yang bebas. Mungkin saya akan bekerja sambil sambung belajar di luar negara. Saya nak bina career yang hebat dan get involved dalam gerakan aktivis peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Kakak kepada Ali Abd Jalil yang melarikan diri dari Malaysia untuk mendapatkan suaka politik di Sweden kerana didakwa menghina institusi Raja Melayu itu juga memaklumkan ingin mewarnakan rambutnya dengan warna rambut Siti Kasim bersempena hari lahirnya ke-35, namun merasakan warna lain lebih sesuai buatnya.

Beliau berkata, “Hari ni sempena hari jadi saya yang ke-35, yang encik suami langsung tak sedar akannya, saya spend time the whole day di salun rambut. Buat rebonding dan inai rambut. Mulanya nak cari warna rambut macam Siti Kasim. Tapi saya rasa warna brunette lebih sesuai untuk saya.”

Pengakuannya meninggalkan solat fardhu dan perjuangannya menuntut untuk diceraikan itu mendapat sokongan ramai rakan-rakan media sosialnya, termasuk golongan yang murtad yang kerap menghina agama Islam.

Juli Jalaludin, seorang murtad yang aktif menghina Islam turut menyuarakan sokongannya, “Saya sokong awak Asiah Abd Jalil. Awak pandai, bijak, seseorang yang berfikiran sangat rasional. Saya harap semuanya berjalan lancar untuk awak.”

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: