December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Tanggungjawab memantau pemaju di mana-mana kawasan pembinaan terletak di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mana-mana isu kecuaian termasuk yang menyebabkan banjir kilat juga perlu diteliti dan disiasat PBT berkenaan.

Jelasnya, isu banjir kilat di Kuala Lumpur juga sebenarnya bukan baharu kepada warga kota sendiri.

“Saya minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau PBT dapat membuat siasatan segera dan sekiranya didapati bahawa syarikat perumahan itu tidak mematuhi syarat dan peraturan dalam permit kelulusan, tindakan sepatutnya kepada mereka.

“Saya anggap ada satu tanggungjawab daripada pihak pemaju yang tidak boleh diabaikan dan sekiranya ada pihak tertentu bertanggungjawab, pihak berkuasa patut ambil tindakan segera,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

BACA: Ibu kota dilanda banjir kilat, pemandu disaran cari laluan alternatif

BACA: Pembentung gagal tampung air, punca banjir di Bangsar

BACA: Tapak binaan punca banjir kilat Lebuhraya Persekutuan – Wan Junaidi

Lam Thye mengulas kesesakan yang serius ekoran banjir kilat yang berlaku berdekatan susur keluar ke lebuh raya Kerinchi Link dan Pantai Dalam petang Isnin.

Banjir kilat itu berlaku ekoran hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4 petang yang dipercayai menyebabkan air bertakung di satu kawasan pembinaan dan melimpah ke lebuh raya terbabit.

Dalam pada itu tegasnya, warga kota sentiasa berharap setiap projek yang dibuat di Kuala Lumpur dijalankan dengan lancar tanpa masalah susulan seperti banjir kilat.

“Penduduk Kuala Lumpur mahu sesuatu projek dilaksanakan dengan syarat yang ditentukan dipatuhi pemaju.

“Terutamanya dalam aspek mencegah longkang tersumbat, banjir dan sebagainya. Kita boleh bayangkan sesaknya jalan utama di seluruh Kuala Lumpur terutamanya di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya sentiasa berharap semua pihak dapat mengambil tangungjawab masing-masing dalam mengatasi masalah tersebut,” jelasnya.

Pada Selasa, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata siasatan awal pihaknya mendapati tapak pembinaan di sebelah lebuh raya itu tidak memasang kolam takungan dan perangkap sampah seperti disyaratkan dalam EIA.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya boleh mengambil tindakan terhadap pemaju jika projek pembinaan berkenaan diluluskan selepas Ogos 2015, iaitu ketika sistem EIA baharu dilaksanakan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: