December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



BANGKOK: Kementerian Pertahanan Thailand merancang untuk mengambil pesalah atas kesalahan membuat senjata api haram untuk bekerja menghasilkan senjata api bagi pihak tentera.

Jurucakap kementerian, Kongcheep Tantravanich berkata para banduan itu akan bekerja dengan kementerian selepas menamatkan hukuman penjara mereka dan mengikuti latihan di pengeluaran senjata api tentera.

“Perdana Menteri (Jen Prayut Chan-o-cha) telah mengarahkan Jabatan Pembetulan Kementerian Keadilan untuk membuat survei jumlah banduan yang didapati bersalah membuat senjata api dengan mereka yang memenuhi kriteria akan menjalani latihan,” katanya.

Jabatan Ordinan Tentera Darat Diraja Thailand telah diberi tanggungjawab untuk memberi latihan kepada para banduan.

Selepas selesai menjalani hukuman, para banduan pilihan akan diberi peranan dengan Institut Teknologi Pertahanan atau Industri Pertahanan dan Pusat Tenaga di bawah Kementerian Pertahanan, kata jurucakap itu.

Kongcheep meminta agar semua pihak tidak menganggap cadangan kementerian itu sebagai negatif kerana para banduan akan diberi peluang membuat senjata api secara betul, bukan secara rahsia dan haram seperti sebelum ini.

Cadangan itu mendapat sokongan Majlis Pertahanan Thailand yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwan.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: