December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro (Astro) Datuk Rohana Rozhan hari ini dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Datuk Rohana dipilih selaku tokoh industri media yang diminta berkongsi kepakarannya bersama graduan UUM dan beliau dilantik menjadi Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan di universiti itu.

Susulan pelantikan ini, beliau bakal memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik graduan UUM berkenaan industri media.

Ini termasuk melalui syarahan kepada mahasiswa serta selaku perunding bagi aktiviti kurikulum universiti tersebut.

Beliau menerima surat pelantikan itu dari Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam satu majlis penyampaian di Pusat Penyiaran Asia di Bukit Jalil, di sini pagi tadi dengan disaksikan kakitangan, pensyarah dan pelajar universiti berkenaan.

Turut serta pada majlis itu pengurusan Astro dan kakitangannya yang sedang mengikuti pembelajaran peringkat lepasan sarjana dari UUM.

Dalam ucapannya, Datuk Rohana memuji usaha UUM yang menubuhkan Sekolah Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan berkata negara mempunyai bakat paling kreatif sekaligus berpotensi besar untuk menjadi tenaga pemacu dalam industri media di rantau ASEAN.

“Saya amat merasa rendah diri atas peluang untuk berkhidmat sebagai Profesor Adjung dan akan melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bersama UUM, terutamanya dalam industri ini dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai sumber bagi bidang digital dan tenaga kreatif, bersedia untuk bersaing dan menghasilkan sesuatu yang bernilai didalam order baharu dunia,” katanya pada majlis penyampaian itu.

Sementara itu, Mohamed Mustafa berkata UUM mengiktiraf pencapaian Datuk Rohana dalam industri, dan beliau percaya pengalaman luas Datuk Rohana amat diperlukan dalam program industri kreatif dan universiti itu.

Datuk Rohana akan berkhidmat selama dua tahun bermula 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2019.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: