December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Tanggungjawab terhadap keluarga bukan halangan untuk golongan wanita untuk menyertai sektor pekerjaan memandangkan kerajaan telah menyediakan inisiatif mesra wanita seperti waktu kerja anjal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata inisiatif itu dilaksanakan kerajaan bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Malah, beliau menasihatkan golongan wanita agar memanfaatkan sepenuhnya kecemerlangan pendidikan yang dikecapi memandangkan statistik menunjukkan kemasukan pelajar wanita di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah tinggi.

“Bagi saya ini satu pembaziran kerana sistem pendidikan negara berada pada landasan baik dan tidak mendiskriminasi kaum wanita.

“Selain itu, kita tahu bahawa 65 peratus penuntut yang memasuki universiti terdiri daripada pelajar wanita, jadi sayang jika mereka diberi pendidikan tinggi tetapi mereka tidak bekerja,” kata Azizah ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Antara yang dibentangkan adalah cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan kepada 90 hari daripada 60 hari dan pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada wanita yang sekurang-kurangnya telah dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

Selain itu, kerajaan juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: