December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Peranan media massa dilihat penting dalam menarik minat generasi muda dalam Bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usaha itu juga dilihat dapat mendedahkan prospek kerjaya bidang tersebut kepada para pelajar, selain peranan ibu bapa sendiri dalam membudayakan sains dalam kehidupan.

Itu pendapat salah seorang panel dan juga wakil ibu bapa, Dr Azli Abdul Razak yang dikongsi di hari terakhir Muzakarah Pakar Pengukuhan Pendidikan Stem Pendekatan Nilai dan Budaya kelolaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kata Dr Azli, rancangan televisyen yang ditayangkan kebiasaan akan diserap terus ke dalam minda oleh pelajar dan kesempatan itu harus diambil bagi membawa tarikan yang ada dalam bidang STEM.

“Peranan media massa adalah sangat penting, contohnya rancangan Upin Ipin – mereka akan ikut apa yang dua watak ini lakukan. Jadi kita boleh lakukan perkara yang sama ke atas rancangan berbentuk sains dan teknologi.

“Televisyen dewasa kini banyak memaparkan rancangan hiburan yang mana generasi muda melihat ia sebagai peluang ekonomi di masa hadapan. Tiada rancangan santai yang membabitkan sains dan teknologi seperti yang dilakukan di Jepun. Jadi kita perlu perbanyakan,” katanya ketika ditemui di muzakarah itu.

Manakala bagi Kumpulan Industri Kerajaan Untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) kerjasama semua pihak sangat diperlukan dalam menjadikan bidang STEM satu bidang yang tidak asing.

“STEM adalah satu perkara yang tidak asing dalam kehidupan kita. Kita perlukan teknologi untuk semua bidang seperti keusahawanan, pertanian dan sebagainya.

“Ini memerlukan usaha semua pihak dan bukan tertumpu kepada satu pihak sahaja, kerana ia akhirnya akan memberi faedah kepada generasi 4.0 kelak,” kata Ketua Program Science to Action Might, Farah Abu Bakar.

Pendapat itu dikongsi panel sebaik sahaja Muzakarah Pakar Pengukuhan Pendidikan STEM yang berakhir hari ini.

Selain mereka berdua, forum itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pembelajaran Petrosains, Saiful Bahri Baharom.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: