December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



BEAUFORT: Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui lemas dalam keadaan mayatnya terapung di perairan Tanjung Aru, Menumbok kira-kira jam 7 pagi hari ini.

Mangsa, Awang Tahir Mohd Daud, 49, yang berasal dari Kampung Tanjung Aru Menumbok itu ditemui oleh sekumpulan penduduk kampung yang ketika itu berada di perairan berhampiran lokasi lelaki berkenaan dilaporkan hanyut dan hilang pada jam 5.30 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, polis menerima maklumat itu daripada penduduk kampung pada jam 7.50 pagi sebelum sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk membawa mayat mangsa ke tepian pantai.

“Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke tiga pada hari ini, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui kira-kira jam 7 pagi sebelum kita membawanya ke pantai untuk tindakan lanjut pada jam 8.40 pagi.

“Mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui pada pagi ini dengan keadaan terapung serta lengkap berpakaian dan kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Terdahulu, mangsa yang dipercayai bersama dua lagi rakannya berusia 17 dan 27 tahun pergi ke laut kira-kira dua kilometer dari pantai dipercayai untuk membuat bagang di perairan berkenaan pada jam 8 pagi Selasa.

Pada jam 5.30 petang, perahu milik mangsa yang diikat pada tiang kayu bagang terlepas lalu dihanyutnya arus.

Bimbang perahu miliknya hilang, mangsa kemudian terjun ke laut setinggi dua meter bagi menyelamatkan perahunya namun ketika tiba di pertengahan lautan, lelaki itu dipercayai keletihan lalu meminta pertolongan rakannya tetapi kedua-dua mereka tidak berani dan menjerit meminta bantuan daripada beberapa pekerja di bagang berhampiran namun turut gagal sebelum mangsa hilang di atas permukaan air.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu berkata, operasi SAR berkenaan membabitkan seramai 44 anggota penyelamat dan turut dibantu oleh penduduk kampung sebelum ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: