December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang  hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk pekerja perkhidmatan awam negeri itu yang mempunyai rekod disiplin yang baik.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.

Bagaimanapun, katanya mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri hanya akan dibayar RM1,000.

“Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa  bonus akhir tahun adalah RM2,000 tunai kepada mereka yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan akan dibayar sebelum akhir tahun ini,” kata Guan Eng sewaktu membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Guan Eng berkata, bonus RM2,000 tunai itu juga  berkuatkuasa terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.

Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga akan memberikan bonus tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru sekolah persendirian Cina sementara sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima saguhati RM200 tunai.

Pada pembentangan bajet 2018 itu juga kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian kredit RM300 dalam bentuk kad “I Love Penang” kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan untuk membayar yuran perkhidmatan sakit luar beserta ubat, dengan had RM50 setiap lawatan.

“Kad ini merupakan kunci untuk menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri, sementara pengurusan dan pengagihan semua progam kebajikan rakyat akan diselaraskan dan diintegrasikan,” tambahnya.

Selain itu, beliau juga turut mengumumkan individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150 setahun dengan had sama RM50 setiap lawatan.

Bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’, program terbaru itu akan memberi manfaat kepada 195,000 isi rumah.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: