December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Serangan keganasan yang berlaku di bandar raya New York menekankan keperluan masyarakat global untuk kekal bersatu dan teguh dalam berhadapan keganasan bersifat pengecut itu, menurut Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Ketika dunia masih terasa terancam daripada serangan pengganas di Mogadishu, Somalia yang menyebabkan 23 orang maut Ahad lepas, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Nasharudin Mat Isa berkata komuniti global perlu mencari penyelesaian bersama-sama kerana tindakan ekstremisme ganas ini melampaui batas sempadan.

Beliau berkata GMMF dengan tegasnya mengutuk serangan keganasan yang dilakukan oleh individu yang gila, yang turut mencemarkan istilah suci digunakan berbilion orang Islam dalam doa mereka.

“Kami amat sedih dengan kejadian di bandar raya New York hari ini yang mengorbankan dan mencederakan orang yang tidak bersalah.

“GMMF mengucapkan takziah dan berdoa kepada semua mangsa, keluarga mereka dan masyarakat New York pada masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut laporan-laporan media, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera sebelum suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun ditembak polis dan ditahan selepas pihak berkuasa menganggap kejadian itu sebagai serangan pengganas.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: