December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Menurut definasi kleptomaniac adalah orang yang tidak boleh tahan tabiat untuk selalu mencuri.

Kleptokrasi pula bermakna berikut:

Apa itu KLEPTOKRASI? 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa secara sinis menegur Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana mahu me­nganjurkan perhimpunan kononnya bertemakan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi.

Tan Sri Annuar Musa sebaliknya me­lontarkan pertanyaan sama ada mereka benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan kleptokrasi itu.

Annuar menjelaskan bahawa kleptokrasi merupakan suatu bentuk undang-undang sedang diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) supaya pendakwaan sivil boleh dibuat di mahkamah terhadap institusi-institusi negara itu yang dikhuatiri terlibat dalam kegiat­an tidak sah seperti pengubahan wang haram.

Katanya, jika perhimpunan ter­­sebut bertujuan mahukan un­dang-undang kleptokrasi itu di­laksanakan di Malaysia, pemim­pin pakatan berkenaan boleh mem­bawanya ke Parlimen dan beliau akan memberikan sokongan.

Menurutnya, apabila terdapat undang-undang kleptokrasi, maka sebuah rumah di Pulau Pi­nang yang tidak ada kolam renang boleh dibekukan, begitu ju­­ga aset seorang pemimpin yang didakwa seorang penulis blog menerima RM1 bilion turut boleh dibekukan.

“Di bawah undang-undang kleptokrasi, aduan sudah cukup untuk tindakan dijalankan. Rugi kita tidak ada undang-undang itu, kalau ada, pemimpin didakwa menerima RM1 bilion itu sebahagian asetnya sudah boleh dibekukan dulu, sementara (tunggu) mahkamah kata salah atau tidak.

“Dalam erti kata lain, mereka ini faham ke apa itu kleptokrasi? Perhimpunan itu tidak lebih hanya untuk meneruskan strategi besar mereka untuk membunuh karakter politik pemimpin negara sahaja,” katanya.

FB Cik Wan

Agak2nya sapa yang sebenarnya banyak dan selalu mencuri hingga banyak pula kes2 mencuri?

Baru sikit tu …ada terlalu banyak.

Kes yang diguna untuk tuduh Najib lakukan kleptokrasi hanya 1MDB. Hakikatnya 1MDB adalah vehicle untuk menyelesaikan kleptokrasi Madey.

Orang kuat mencuri juga kuat membohong dan fitnah.

Mahathir yamg sebenarnya kleptomaniac tapi menyalahkan pada Najib untuk selamatkan dan sorokkan tabiat mencurinya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: