December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus

Salah seorang peserta demontrasi yang ditahan polis menyalahkan ‘Kerajaan Azmin Ali’ di sebalik insiden perobohan rumah bekas pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang dua hari lepas.
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath berkata sebelum dia ditahan, dia terpaksa berhadapan dengan jentera Kerajaan Negeri Selangor dan FRU Polis Diraja Malaysia.
“Jika anda dapat merasa betapa kerasnya kayu cota.
“Ini hanya berlaku di zaman Kerajaan BN memerintah. Namun hari ini, didepan kami, pegawai KERAJAAN NEGERI, PEJABAT TANAH DAN MBSA serta FRU PDRM menunjukkan bukti kerajaan Azmin Ali arah terus roboh walau proses mahkamah masih berjalan,” tulis Khalid di laman Facebooknya.
Zakiyamani Yamani turut bersimpati dengan penahanan Khalid Ismath itu.
“Aku nak ucapkan tahniah kepada Khalid Mohd Ismath menjadi perjuang dan benteng rakyat yang dizalimi ….
“Apa yang aku faham di dalam kenyataan Khalid Ismath, Rara (Syefura Othman) dari DAP yang langsung tidak sensetif dengan nasib mangsa perobohan dan kezaliman kerajaan Selangor di bawah PH …
“Dari tweet Khalid jugak ada mengatakan Kerajaan Selangor mengarahlan polis bertindak dan memukul pendemo sehinggakan ada yang berdarah …..
“Sadis Pemimpin PAN menjadi bacul langsung tidak bersuara, terutama Mat Sabu , Salahuddin dan Khalid Samad , di mana mereka-mereka ini ketika ahli mereka sendiri dizalimi ??’
“PH Selangor Kejam !!,”katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: