December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Orang ramai harus menukar kata laluan (password) semua perkhidmatan dalam talian yang digunakan – dari e-mel hingga ke perkhidmatan bank – bagi mengelak jadi mangsa kecurian identiti, susulan krisis kecurian data yang melibatkan data 46 juta pelanggan mudah alih.

Pengarah Kanan FTI Consulting Gino Bello berkata, semua data melibatkan tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan maklumat kesihatan melibatkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia sudah terdedah.

“Anda patut tukar kata laluan untuk perkhidmatan pembelian dalam talian, perbankan. Ini mungkin tindakan yang kelihatan keterlaluan, tetapi sesiapa sahaja yang terdedah turut berdepan risiko kecurian identiti.

“Mungkin ada individu yang akan membuat pembelian mengunakan akaun anda tanpa anda sedari,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan syarikat pembekal perkhidmatan mudah alih (telco) bagi memastikan sama ada mereka terjejas dengan insiden ini atau tidak.

Bello juga menjangkakan siasatan berhubung kes ini akan selesai dalam tempoh beberapa minggu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Rabu menyatakan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti sumber yang mungkin menyebabkan kebocoran data peribadi.

Tanpa memberikan sebarang tempoh masa, beliau menambah isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Pada 30 Okt, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Dilaporkan, pada bulan lalu, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja. 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: