December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi amaran akan menutup maahad tahfiz persendirian di negeri itu serta-merta.

Amaran Mohamed Azmin itu ditujukan khusus kepada 127 maahad tahfiz persendirian yang masih gagal mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kesemua maahad tahfiz persendirian yang belum berdaftar digesa mendaftar segera dengan JAIS atau berdepan penutupan,” ujarnya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Tarikh akhir bagi pendaftaran terbabit adalah pada 15 Disember depan.

Pada pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM2 juta kepada 262 maahad tahfiz berdaftar yang melibatkan 17,440 murid di negeri itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: