December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus RM2,000 untuk penjawat awam negeri yang mempunyai rekod disiplin baik.
 
Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.
 
“Mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri akan dibayar RM1,000,” katanya dalam DUN hari ini. 
 
Beliau berkata bonus RM2,000 tunai ini juga adalah berkuat kuasa terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.
 
Selain itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bonus tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru sekolah persendirian Cina.
 
“Mereka di sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima saguhati RM200 tunai,” katanya.
 
 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: