December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Grab Car ditahan polis kerana disyaki merogol dan menyamun seorang pelanggan wanita yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di rumanya di Perumahan Sri Perantau, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 4 pagi ini.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menawarkan untuk menghantar mangsa balik setelah dilihat berdiri berseorangan di hentian bas. Setelah mangsa menaiki kereta suspek, wanita itu telah diugut dengan pisau sebelum dirogol dan disamun.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Semalam, seorang gadis berusia 22 tahun itu didatangi suspek yang berpura-pura bertanya arah jalan sebelum mengacukan pisau ketika mangsa di dalam kereta.

Suspek dipercayai merogol, merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit sebelum mengarahkan mangsa turun dari kereta.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: