December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Pastor Raymond Koh didakwa tidak memberikan kerjasama kepada polis yang menyiasat punca kehilangannya, kata pegawai penyiasat ASP Supari Mohammad, malah isterinya Susanna Liew, menjerit dan menengkingnya ketika diaju soalan mengenai dakwaan Koh terlibat dalam aktiviti Kristianisasi.

Supari mendakwa pihak keluarga enggan mendedahkan beberapa perkara yang disentuh dalam siasatan itu, terutamanya dakwaan Koh terlibat dalam aktiviti Kristianisasi seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

“Saya tidak berpuas hati dengan hasil siasatan kerana masih tidak ada jawapan dalam kes ini. Ia kerana terdapat beberapa kesukaran ketika cuba mengumpulkan maklumat.

“Ahli keluarga tidak mahu berikan kerjasama kepada saya. Mereka tidak jawab isu Kristianisasi. Isu itu dibangkitkan kerana kita cuba mengecilkan skop siasatan dan apakah punca penculikan.

“Sebagai contoh, saya tanya soalan kepada ahli keluarga: ‘dalam tempoh 4 hari pada tarikh sekian hingga sekian (apa aktiviti Koh)’…mereka tetap nyatakan tidak tahu walaupun saya punyai bukti.

“4 hari Koh keluar dari rumah membawa beg, mereka nyatakan tidak tahu Koh pergi ke mana, walaupun tinggal sebumbung,” kata Supari dalam keterangan kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke atas kehilangan Koh, dan 3 individu lain, hari ini.

“Susanna marah, menjerit apabila saya bertanya mengenai isu Kristianisasi…Saya bertanya kerana mahu dapatkan maklumat, hendak selamatkan mangsa,” katanya.

Pegawai Penyiasat ASP itu turut menjelaskan bahawa siasatan terhadap Pastor Koh menyentuh dakwaan Kristianisasi disebabkan terdapat laporan oleh beberapa individu dan badan bukan kerajaan sekitar tahun 2011.

6 tahun lalu, Jais bertindak menyerbu majlis berbuka puasa anjuran pusat kebajikan Harapan Komuniti dinaungi Pastor Koh di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana menerima maklumat adanya aktiviti Kristianisasi. Setelah diserbu, tular video sesetengah peserta yang mengaku murtad mempersenda amalan Islam di depan hadirin Kristian.

“Setiap petunjuk yang saya ada, saya akan tetap bertindak untuk dapatkan maklumat. Saya siasat dari setiap sudut. Saya tahu bahawa ada orang yang buat laporan terhadapnya.”

“Pada 2011, 78 laporan polis dibuat oleh individu dan ngo berkaitan dengan dakwaan apa yang Koh lakukan. Bahkan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut membuat laporan polis,” katanya.

Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: