December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SEBUAH video yang memaparkan seorang penunggang motosikal menendang kon yang diletakkan di jalan raya menjadi bualan netizen hari ini.

Entah apa masalahnya, penunggang motosikal itu dilihat menendang hampir kesemua kon yang diletakkan di sepanjang jalan.

Kon-kon berkenaan diletakkan untuk memisahkan laluan kontra yang biasa dibuka apabila kesesakan jalan raya.

Berdasarkan video yang dimuat naik sebuah akaun Facebook portal gaya hidup, kejadian berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang Expressway, berdekatan Cheras Sentral.
Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Rata-rata netizen mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal berkenaan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Selepas dimuat naik kira-kira enam jam lalu, video itu telah menerima lebih 100,000 tontonan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: