November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan desakan supaya jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

“Sekiranya jurulatih ditukar, kejayaan skuad kebangsaan tidak boleh dicapai dalam masa sehari (overnight),” katanya selepas menghadiri Dialog Transformasi 50 (TN50) bersama belia Felda di Menara Felda di sini hari ini.

Khairy berkata, kekalahan 1-4 kepada Korea Utara di Bangkok Thailand semalam adalah kerana skuad yang ada ketika ini masih ‘dihantui’ kelemahan struktur pembangunan bola sepak dari dahulu lagi.

“Bukan saya kata pemain kini tidak bagus.

“Kita perlu faham situasi ketika ini dan beri masa supaya skuad negara dapat memperbaiki prestasinya,” kata beliau.

Khairy meminta peminat sukan bola sepak tempatan supaya tidak terlalu awal untuk mengecam prestasi suram skuad bola sepak kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: