November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Bekas penyerang sensasi Brazil Ronaldinho amat berharap rakan senegaranya Philippe Coutinho akan menjadi bintang terbaharu Barcelona. 

Menurut Ronaldinho dia amat gembira sekiranya Coutinho dapat meneruskan legasinya bersama di Nou Camp dan menyifatkan corak permainan penyerang berusia 25 tahun itu sesuai dengan rentak gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Tambah Ronaldinho dengan adanya pemain berkualiti seperti Coutinho tidak mustahil Brazil akan menjulang Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Coutinho menjadi buruan Barcelona sejak beberapa tahun lalu namun masih belum berhasil. Bagaimanapun Barca tidak berputus asa dan dijangka terus meneruskan hasrat mendapatkan khidmat penyerang Liverpool itu menjelang jendela perpindahan Jahuari depan

Coutinho kini berada pada puncak prestasi dengan menyumbat empat jaringan dalam lima perlawanan terakhir Liverpool. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: