November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan menganjurkan Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, hari ini.

Malaysia merupakan negara penganjur dialog tersebut yang diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan negara itu dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib (Tun Razak) atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena dialog tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina di sini yang dipengerusikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Dutarte.

Menurut Kementerian Luar, fokus dialog tersebut antara lain akan membincangkan mengenai kejayaan hubungan 40 tahun kedua-dua rantau, isu-isu berbangkit seperti pertikaian Laut China Selatan, keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa depan. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: