January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -21/11/17-DAP dilihat berusaha bersungguh-sungguh menyerang institusi Kesultanan Melayu di negara ini apabila menuduh sistem memberi tauliah mengajar agama sebagai alat kuku besi pemerintah untuk mengonkong pemikiran umat Islam.

Penolong setiausaha publisiti DAP, Zairil Khir Johari menggesa agar peraturan mewajibkan penceramah agama memohon tauliah perlu dihentikan kerana ia mencabul hak kebebasan bersuara, akademik dan asasi lain yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Jika dahulu memberi tazkirah di masjid dianggap mengajar agama, sekarang nampaknya perbincangan akademik turut tidak terlepas.

“Penggunaan tauliah sebagai alat kuku besi harus dihentikan dan peruntukan undang-undang perlu dikaji semula kerana tidak jelas dan terlalu mudah disalahgunakan.

“Pendekatan ini juga seolah-olah menganggap semua Muslim sebagai orang bodoh yang senang keliru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, langkah mewajibkan penceramah agama tempatan atau asing mendapatkan tauliah bertujuan mengelakkan berlaku penyelewengan, selain menjaga hal berkaitan sensitiviti masyarakat.

Pada 13 November lalu, Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di Kuala Lumpur mengesahkan mereka terpaksa mengambil keputusan menolak sebuah forum mengenai Islam yang mengundang sarjana Dr Nader Hashemi, kerana tidak mahu terlibat dalam sebarang masalah dengan pihak berkuasa agama.

Zairil berkata, peruntukan undang-undang “mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam” terlalu luas dan tidak diterangkan dengan jelas.

“Apakah yang dimaksudkan dengan mengajar? Apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam pula boleh merangkumi apa sahaja, termasuk pensyarah yang mengajar modul kajian Islam di universiti atau bapa yang mengajar rukun Islam kepada anak di rumah.

“Adakah mereka semua perlu memohon untuk tauliah juga?” soalnya.

Beliau turut menyifatkan penahanan penulis Turki, Mustafa Akyol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 25 September lalu sebagai memalukan kerana Malaysia menjadi bahan jenaka dunia.

“Masakan tidak, apabila Mustafa terkenal kerana tulisannya yang secara lazim memperjuangkan pemikiran Islam yang sederhana dan toleran.

“Dengan tindakan yang ironis serta melampau ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) secara langsung telah ‘membakul sampahkan’ agenda wasatiyyah yang diuar-uarkan perdana menteri.”

Akyol ditahan kerana ucapannya berhubung isu murtad pada forum anjuran Islam Renaissance Front (IRF) dan kumpulan bekas kakitangan kanan kerajaan, G25 di RSGC.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, Akyol melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) di mana penceramah agama perlu mendapat “tauliah”, peraturan yang biasanya dikenakan terhadap penceramah di masjid dan surau.

Malah, buku terbitan IRF seperti “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan” terjemahan daripada karya asal Akyol bertajuk “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty” turut diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP

Zairil Sebenarnya Kristian Sengaja Dipotret Untuk Pancing Undi Melayu-Islam – RPK



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: