January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Naib presiden PAS berkata PPBM tidak mempunyai
kualiti kepimpinan selepas gagal mendaftar dan mengadakan mesyuarat
agung parti itu sekian lama.

amar-ppbm

KOTA BHARU: Kelemahan PPBM untuk menyelesaikan masalah remeh
pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)
membuktikan kepimpinan parti itu tidak layak untuk mentadbir negara ini,
kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PPBM
tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat apabila
soal pendaftaran dan kegagalan mengadakan mesyuarat agung parti tidak
dapat diselesaikan sekian lama.

“Semua ini menunjukkan kelemahan pengurusan. Tidak sepatutnya seorang
pemimpin yang pernah jadi seorang perdana menteri selama 22 tahun,
tiba-tiba nak urus pendaftaran dan pengurusan parti pun tak boleh
selesai … macam mana nak dapatkan sokongan masyarakat,” katanya.

 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim
hari ini.

Mohd Amar berpendapat kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk
didaftarkan adalah lebih baik kerana memberi peluang kepada PAS untuk
bertanding 1 lawan 1 dengan BN.

“Bagi kita kalau tak ada langsung PH lebih baik… biar PAS sahaja yang lawan dengan Umno (dan BN),” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dipetik sebagai berkata kegagalan PPBM mengadakan perhimpunan agung
tahunan sejak pendaftaran parti itu diluluskan serta permohonan pindaan
perlembagaan PPBM yang belum diluluskan turut menyebabkan permohonan
pendaftaran PH tidak dapat dilakukan.

Ini selain kegagalan DAP yang menganggotai PH menyelesaikan laporan
pemilihan semula ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12
Novomber lepas.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: