January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Masyarakat Bugis Sabah dianggarkan mewakili lebih 200,000 orang di Sabah dijangka berhimpun secara aman di Padang Bandaran Tawau bagi menyatakan soladiriti menentang penghinaan Tun Mahathir kepada bangsa Bugis baru-baru ini.

Laporan dari Sabah menyatakan NGO-NGO Bugis Sabah khususnya Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) dan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Malaysia (PRBM) serta NGO-NGO Bugis Sabah dan Labuan dijangka menghimpun ribuan etnik Bugis Sabah pada 26 November 2017 hujung minggu ini. Laporan juga menyebut hanya NGO Bugis yang baru ditubuh iaitu LONTARA tetapi bermasalah besar dari segi organisasi dan kepimpinan tidak menyertai himpunan ini kerana khabarnya berminat untuk mencoba nasib di partai pembangkang.

Khabarnya beberapa acara meniup semangat dan maruah bangsa Bugis akan diadakan di padang bandaran sebelum mereka berarak ke Balai Polis Tawau untuk membuat report polis ke atas Tun Mahathir yang mengguris perasaan bangsa Bugis di Malaysia dan di Indonesia.

Sekian laporan awal dari Kota Kinabalu, Sabah.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: