January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa pemimpin komuniti mengambil peranan besar dalam proses pengagihan bantuan serta aset sewaktu berlakunya bencana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pasukan Tindak Pantas Bencana (CDERT) yang ditubuhkan di peringkat komuniti perlu mengenal pasti aset, bantuan makanan dan keperluan harian sejurus berlaku bencana.

Malah, tegasnya menerusi pelaksanaan bantuan di peringkat komuniti itu, ia turut membantu dalam proses koordinasi terutama melibatkan bantuan sukarela.

“Sekarang ini kita bagi penerangan bahawa di peringkat komuniti yang telah kita tubuhkan hampir di semua negeri di seluruh negara yang kita namakan CDERT, diketuai peringkat komuniti.

“Jika komuniti mendapati terdapat masalah atau kekurangan aset, jawatankuasa di peringkat daerah atau komuniti perlu mengenal pasti aset yang ada daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia dan polis.

“Selepas itu ketua komuniti perlu kenal pasti aset yang dimiliki pihak swasta seperti lori kuari, persatuan nelayan termasuk pihak yang ada hobi bot, pacuan empat roda yang boleh digunakan,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Parlimen hari ini.

Jelasnya, pada ketika ini, pihak NADMA dan agensi mempunyai aset yang mencukupi sekiranya jumlah mangsa bencana melebihi 2 juta.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: