January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik
berdekatan hotel di Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam menggemparkan
orang ramai apabila mereka menyangkakan individu terbabit mahu membunuh
diri.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman
berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian
pada 5.29 petang.

 

Katanya, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi bagi bantuan.

 

 

 

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik.

 

“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu
selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba membuat
persediaan dil okasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak
diingini.

 

 

 

“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu memanjat
pencawang elektrik adalah untuk mengambil gambar swafoto sempena
sambutan hari lahirnya, semalam” katanya ketika dihubungi.

 

Jelasnya, lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: