January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Kemahiran dalam teknologi baharu seperti kepintaran buatan, blockchain dan sistem pandu sendiri untuk kereta wajar dimasukkan dalam sistem pendidikan negara seawal peringkat sekolah rendah.

Perkara ini ditekankan pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang mana beliau mengklasifikasikan kemahiran itu sebagai keperluan penting di masa depan.

“Jika saya boleh beri nasihat, saya percaya kemahiran teknologi baharu ini perlu dimasukkan di semua peringkat pendidikan.

“Sebagai contoh, kita boleh lihat blockchain yang mana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ia adalah seperti satu platform. Komputer juga adalah sebuah platform,” katanya dalam sesi bersama media di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Nasihat yang diberikan Steve senada dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan supaya sistem pendidikan sedia ada dirombak bagi menyediakan generasi muda dengan cabaran masa kini.

Selain itu, Steve turut menekankan kepentingan kepimpinan sebuah negara untuk komited dalam usaha pembangunan digital.

“Ini adalah penting bagi memastikan negara tersebut boleh terus menjadi kompetitif dalam dunia masa kini,” katanya.

Pada WIEF ke-13, tema yang ditekankan menjurus kepada perubahan disruptif serta impak dan cabarannya.

Selain itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg telah menekankan kepentingan ekonomi digital dalam ucapan pembukaannya pada hari pertama WIEF13.

Pandangan dan hasrat beliau turut dikongsi Najib yang menyambut baik usaha memperkukuh ekonomi digital.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: