January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak terlibat dalam menentukan semakan dan pelarasan tarif air di setiap negeri, sebaliknya ia ditentukan oleh kerajaan negeri, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan pusat hanya memberi kelulusan selepas kajian dan semakan dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Dari segi kenaikan tarif ini, ia hak negeri dan operator (syarikat konsesi) yang memohon kepada SPAN bila ada keperluan untuk menaikkan tarif dan dalam permohonan tersebut, SPAN akan kaji terlebih dahulu dari segi pengeluaran, kos, keuntungan dan bukannya hanya sekadar meluluskan apa dimohon.

“Apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) beritahu, kerajaan pusat yang tentukan tarif air, itu tidak benar. Semua operator akan hantar permohonan kepada SPAN dan kemudiannya barulah SPAN serahkan kepada kerajaan. Memang kata putus dari kita, tapi yang mohon dan kaji bukan kita,” katanya.

BACA: P. Pinang mahu naikkan surcaj pemuliharaan air – Guan Eng

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di sini.

Maximus berkata permohonan yang dihantar kepada SPAN juga haruslah mendapat persetujuan daripada exco kerajaan dan resolusi juga dihantar kepada pihak tersebut.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: