January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan Aseanapol bagi mengesan 20 etnik Uighur Muslim dari China yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di selatan Thailand, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini belum ada maklumat sahih sama ada mereka memasuki negara ini atau sebaliknya.

“Jika mereka ada di sini (Malaysia), kita akan tahan mereka. Kita akan kerjasama dengan Aseanapol dan Interpol. Kita ada mekanisme untuk mengesan mereka,” katanya.

Tambahnya, PDRM ada menerima maklumat pihak berkuasa Thailand dan sedang mengesan kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri itu.

Ahmad Zahid ditemui selepas melancarkan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan Kali Ke-3 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan Indonesia (PPATK) dan Unit Perisikan Kewangan Australia (AUSTRAC) di Sasana Kijang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan, Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Jeneral Wiranto dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: