January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Bukan hanya wanita Islam bertudung, malah lelaki beragama Sikh yang memakai turban turut mengalami nasib sama apabila turut dilarang menganuti dan mengamalkan ajaran agama yang dianutinya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia merupakan antara contoh diskriminasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang memohon pekerjaan di kaunter hadapan sektor perhotelan.

“Ini bukan soal (permasalahan) kepada orang Islam sahaja. Yang Berhormat pernah tengok tak lelaki beragama Sikh kerja di kaunter yang pakai serban (turban)?

“Ada tak? Tidak ada. Saya percaya mereka menderita dalam senyap. Ini juga satu syarat yang mungkin dikenakan kepada orang Sikh.

“Anda hendak kerja di kaunter, tak boleh pakai serban, boleh ke saya kata begitu?’ Tak boleh,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2018) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyifatkan berlaku pelanggaran kepada Perkara 3, Perkara 8 (2) dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana ia secara tidak langsung telah menafikan hak individu di negara ini.

Mohamed Nazri pada masa sama melahirkan kekesalan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang gagal memberi penerangan kepada rangkaian hotel antarabangsa dalam isu ini.

“Dia (pengusaha hotel antarabangsa) datang negara kita, dia tidak tahu (Perlembagaan), mungkin dia tak faham budaya tetapi jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk bagi tahu kepada mereka bahawa apa yang kamu laksanakan dan yang kamu nak kami laksanakan di negara ini tidak boleh.

“Tidak boleh buat. Perlembagaan tidak membenarkan. Takkan itu pun kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh bagi tahu? Ia tidak berpelembagaan,” ujarnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: