January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia hari ini mencapai kata sepakat untuk membebaskan kesemua nelayan yang ditahan oleh kedua-dua negara kerana menceroboh kawasan perairan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu dicapai bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo atas dasar keperimanusiaan kerana melihat nelayan-nelayan ini adalah golongan miskin.

Menurut beliau, penahanan itu dilihat tidak wajar dan menggesa agar mereka dibebaskan dengan segera bersama dengan kelengkapan mereka seperti bot .

“Berdasarkan kepada tangkapan bahawa mereka melakukan pencerobohan waktu mereka melakukan tangkapan ikan. Kami bersetuju bahawa mereka ini adalah orang miskin, dan oleh itu tidak wajar penahanan mereka diteruskan.

“Maka hari ini diputuskan semua nelayan yang ada dalam tahanan di Malaysia ini maknanya nelayan Indonesia dan juga nelayan Malaysia yang ada dalam tahanan Indonesia, termasuk dengan bot-bot mereka dibebaskan dengan secepat mungkin,” katanya di sidang media selepas menghadiri Rundingan Tahunan ke 12 Malaysia-Indonesia di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, adalah tidak adil untuk menahan golongan yang menjadikan aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber utama rezeki mereka.

Dalam majlis sama, beberapa perkara turut dipersetujui dengan merangkumi pendidikan, pertahanan, kelapa sawit, sempadan, ekonomi termasuk pendirian kedua-dua negara dalam isu penindasan etnik Rohingya.

Majlis itu juga merupakan simbolik sambutan ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang ke 60.

Terdahulu, Datuk Seri Najib dan Joko menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang pengajian tinggi Islam antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Menteri Luar Negara Indonesia, Retno lp Marsudi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: