January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan mengadakan pertemuan
tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
di jabatan itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini bagi
membincangkan mengenai isu dalaman parti untuk menyelesaikan permohonan
pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

 

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, hasil pertemuan antara
pucuk pimpinan parti itu dengan Ketua Setiausaha KDN semalam, Presiden
PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya pertemuan tersebut
dipercepatkan bagi membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung
tahunan.

 

“Apabila Tan Sri (Muhyiddin) memohon supaya pertemuan tersebut
dipercepatkan, RoS memaklumkan akan bertemu dengan Setiausaha Agungnya
pukul 5 petang ini bagi mendengar apa tindakan PPBM bagi memastikan
mereka dapat mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini juga.

 

“PPBM perlu mematuhi perlembagaan parti sendiri iaitu mereka mesti
mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun dan pertemuan tertutup itu
membolehkan saya mendengar apa persiapan mereka bagi melaksanakan
tanggungjawab tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan
Program Outreach Pengurusan Pertubuhan Berintegriti dan majlis
menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Pertubuhan Pendaftar NGO
negeri Melaka di Duyong di sini sebentar tadi.

 

Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Melaka, Abu Talib Othman dan Pengarah RoS negeri, Nurhafidah Ali.

 

Jumaat lalu, RoS memberi amaran kepada PPBM bahawa parti itu boleh
dibatalkan selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan
mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan menangguhkan mesyuarat agung
tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti. 

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: